fbpx
Gambar hiasan.

23 maut hari pertama Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 23 kematian dan 1,225 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berkata, jumlah kemalangan itu menunjukkan penurunan sebanyak 646 kes berbanding 1,871 kes yang dilaporkan pada hari sebelumnya.

“Bagaimanapun, jumlah kematian meningkat sebanyak lapan kes berbanding 15 kematian yang direkodkan pada Selasa,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN