fbpx
Keadaan dua buah kenderaan yang bertembung di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sebuah stesen minyak di Laloh, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Wanita maut, tak sempat sambut Aidiladha di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KRAI – Hajat seorang wanita bersama anak, menantu dan cucunya untuk pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila mangsa maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran sebuah stesen minyak di Laloh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, mangsa, Safinaz Razmi, 52, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta jenis Perodua Bezza dinaikinya dipercayai bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard.

Safinaz

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.18 pagi sebelum sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, mangsa menaiki kereta itu bersama anak, menantu dan seorang cucunya sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk pulang ke Kampung Kok Bedullah, Tumpat untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai bertembung dengan sebuah MPV jenis Toyota Alphard yang dinaiki enam individu termasuk dua kanak-kanak lelaki.

“Mangsa yang merupakan penumpang kereta jenis Perodua Bezza dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lagi ahli keluarganya mengalami kecederaan,” katanya.

Nik Ahmad Afsham memberitahu, dua kanak-kanak lelaki yang merupakan penumpang MPV itu turut mengalami kecederaan.

Menurutnya, mayat wanita itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala lima lagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN