fbpx
Sissy Iman bersama suami, Dr. Zamir Hilman Hamzah.

‘Doa Hari Arafah tahun lepas, minta cepat dipertemu jodoh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kuasa doa mampu mengubah kehidupan seseorang. Itulah yang berlaku kepada penyanyi Sissy Imann apabila impiannya untuk bergelar seorang isteri dimakbulkan dalam tempoh sangat singkat.

Menurut Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, segalanya bermula apabila dia mengambil kesempatan untuk menitipkan doa ketika umat Islam menyambut Hari Arafah pada tahun lalu.

“Salah satu doa hari Arafah saya tahun lepas, saya minta cepat dipertemukan jodoh yang tepat.

“Hari Arafah yang seterusnya, saya dah kahwin. Masa itu teman lelaki pun tiada,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelantun lagu Dengan Kamu itu mendedahkan bahawa dia menyatakan permintaannya secara terperinci kepada Yang Maha Esa, termasuklah meletakkan garis masa yang jelas buat dirinya.

“Doa tersebut sangat spesifik seperti ‘Ya Allah, Hari Arafah tahun hadapan saya mahukan seorang suami yang terbaik buat saya tolonglah’, alhamdulillah,” ujarnya.

Pada 12 Disember lalu, Sissy sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Dr. Zamir Hilman Hamzah.

Difahamkan, pasangan tersebut mula berkenalan selepas Sissy menerima rawatan di klinik milik Dr. Zamir sekitar Januari 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN