PETALING JAYA – Pelakon Julia Farhana Marin mengundang perhatian ramai apabila berkongsi video tanpa memakai hijab dalam InstaStorynya baru-baru ini.
Menerusi hantaran tersebut, Julia, 32, mengulang siar video yang dimuat naik sebuah klinik kecantikan yang memaparkan dirinya membuat rawatan.
Namun, dalam video tersebut dia tidak memakai tudung sekali gus mencetuskan tanda tanya ramai sama ada sudah kembali ke penampilannya sebelum ini atau sebaliknya.
Dia bagaimanapun tidak memuat naik sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung perkara tersebut.
Manakala, dia juga dilihat menukar foto profil Instagramnya dengan imej tidak berhijab.
Usaha Kosmo! Online mendapatkan kenyataan Julia masih belum berhasil susulan dia tidak membalas mesej yang yang dihantar.
Sebelum ini, nama Julia menjadi bualan apabila rumah tangganya dengan Dr. Che Muhammad Hafiz berantakan susulan tidak memuat naik foto berdua dalam media sosial.
Namun, khabar angin tersebut ditepisnya dan menegaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik. – KOSMO! ONLINE














