fbpx
Kumar pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

Isteri Tun Daim, dua anak masih di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis masih belum mendapatkan keterangan daripada isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Na’imah Abdul Khalid serta dua anaknya berhubung siasatan dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara kerana dipercayai berada di luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, semakan rekod Jabatan Imigresen mendapati kesemua mereka meninggalkan negara sejurus selepas laporan polis dibuat.

Menurut beliau, pihak polis telah cuba menghubungi mereka sejak awal siasatan dijalankan, namun mendapati ketiga-tiganya sudah berada di luar negara.

“Setakat ini, seramai 17 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Katanya, kertas siasatan berhubung kes berkenaan juga telah dilengkapkan dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan serta nasihat lanjut.

“Kita masih menunggu maklum balas untuk tindakan seterusnya,” ujarnya.

Pada 3 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang didakwa didukung warga tempatan dengan menggunakan pengaruh media serta institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Siasatan awal polis mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan dipercayai mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai serta menggugat kestabilan kerajaan sedia ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN