KUALA LUMPUR – Hujan lebat melanda Stadium Nasional, Bukit Jalil yang akan menjadi gelanggang pertarungan aksi final Piala Malaysia antara Kuching City dan Johor Darul Ta’zim (JDT), malam ini.
Hujan mulai turun sekitar jam 2.30 petang tadi dilihat merencatkan sedikit kemeriahan sambutan aksi final terbabit ketika ribuan penyokong sudah mula membanjiri perkarangan Stadium Nasional.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! di dalam stadium berkenaan, hujan sudah berhenti sekitar pukul 4 petang dengan keadaan padang masih dalam keadaan baik dan tiada takungan air.
Difahamkan, pintu masuk ke stadium akan dibuka kepada umum bermula 5 petang ini dengan jangkaan lebih 60,000 penyokong akan hadir pada aksi final malam ini.
JDT yang dikendalikan oleh Xisco Munoz kini memburu sejarah menjari pasukan pertama menjuarai trofi Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut.
Sementara itu, The Cats yang dibimbing Aidil Sharin Sahak pula dalam misi melengkapkan ‘kisah dongeng’ untuk muncul juara trofi berprestij itu buat kali pertama dalam sejarah. – KOSMO! ONLINE














