fbpx
Mohd. Mufsi (kanan) memeriksa salah satu tong dram yang digunakan untuk mengisi petrol disyaki dibeli menggunakan permit palsu di sebuah stesen minyak di Merang, Setiu hari ini.

Beli petrol, diesel pukal guna permit palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya mematahkan kegiatan mengumpul petrol dan diesel secara haram menerusi pembelian menggunakan permit palsu di Merang di sini hari ini.

Serbuan dilakukan pasukan pengguat kuasa KPDN di stesen minyak tersebut berjaya merampas kira-kira 500 liter petrol bersama sebuah lori dan dua tong drum dianggar bernilai keseluruhan RM46,800.

Pengarah KPDN Terengganu, Mohd. Mufsi Lat berkata, siasatan awal mendapati aktiviti haram tersebut didalangi seorang lelaki berusia 30-an.

“Risikan selama dua minggu percaya petrol dan diesel yang dibeli menggunakan permit palsu berkenaan akan dijual semula kepada pihak industri.

“Pemeriksaan telah menemui lapan permit membeli petrol yang kesemuanya didapati palsu,” katanya dalam sidang akhbar di Merang di sini hari ini.

Mohd. Mufsi berkata, siasatan awal tidak menolak kemungkinan pemilik dan pekerja stesen minyak terlibat turut bersekongkol dalam aktiviti haram terbabit.

Beliau berkata, risikan mendapati setiap kali mahu mengisi minyak menggunakan permit palsu tersebut, suspek hanya perlu mengangkat sebelah tangannya sebagai isyarat tanpa perlu ke kaunter pembayaran stesen minyak terbabit.

“Suspek disyaki melakukan pembelian berulang antara tiga dan empat kali di stesen minyak berkenaan dan mengisi petrol dan diesel berkenaan ke dalam tong dram,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN