fbpx
Rata-rata graduan yang diterima bekerja itu akan menerima gaji sekitar RM3,700 sebulan. Foto FACEBOOK MARA

Semalam konvo, hari ini 100 graduan TVET Mara diambil bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan seramai 100 graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Mara telah diambil bekerja di syarikat Samsung.

Lebih mengembirakan katanya, kesemua graduan Diploma Elektronik itu diambil bekerja setelah selesai majlis konvokesyen semalam.

Menurut Asyraf Wajdi, rata-rata graduan itu akan menerima gaji sekitar RM3,700 sebulan dan banyak lagi syarikat antarabangsa yang akan menjalin kerjasama strategik sebegini.

“Mara akan berusaha menjalinkan dengan banyak lagi syarikat-syarikat Multinasional (MNC) antarabangsa dan dalam negara untuk memastikan graduan-graduan TVET daripada institusi pendidikan Mara yang menawarkan lebih 400 bidang kemahiran TVET mendapat pekerjaan dengan gaji premium,” tulisnya di laman Facebook.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, program TVET Mara ketika ini lebih anjal dari segi kurikulumnya kerana Mara sentiasa tambah baik mengikut keperluan dan kerelevananya dengan industri.

Malah katanya, kebanyakan program TVET Mara mendapat pengiktirafan industri.

“Semua inisiatif ini untuk memastikan anak-anak Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak diangkat martabatnya dari segi ekonomi dan kehidupan. Semuanya bermula dengan pendidikan bermutu tinggi. Mara akan terus membantu,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, peratusan kebolehpasaran graduan TVET Mara sudah mencecah 97.22 peratus tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN