fbpx
PEMAIN negara meraikan kemenangan 2-0 ke atas Indonesia untuk mengesahkan kemaraan ke pentas final acara regu berpasukan Piala Dunia Sepak Takraw 2026, sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

Detik penentu Malaysia, Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Piala Dunia Sepak Takraw 2026 bakal ditutup dengan penuh sempurna apabila dua seteru utama, Malaysia dan Thailand bakal berentap di pentas final acara regu berpasukan.

Pada aksi separuh akhir di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi, skuad negara tidak berdepan masalah untuk mengatasi Indonesia 2-0 manakala Thailand kalahkan Korea Selatan dengan keputusan sama.


SEBAHAGIAN aksi menarik pada aksi separuh akhir acara regu Piala Dunia Sepak Takraw 2026 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. – SHIDDIEQIIN ZON

Terdahulu, walaupun terpaksa turun tanpa tekong utama, Syahir Rosdi, regu pertama skuad negara yang dibarisi Zulkifli Abd Razak, Aidil Aiman Azwawi dan Afifuddin Razali tidak berdepan masalah untuk meraih mata pertama.

Gandingan itu mudah mengatasi cabaran trio Indonesia, Riyo Zuliya Wandra, Muh Fahrul dan Anwar Budiyanto apabila meraih kemenangan 15-7, 15-9.

Bagaimanapun, regu kedua negara yang dibarisi Haziq Hairul Nizam, Azlan Alias dan Farhan Adam berdepan detik cemas apabila dipaksa bermain tiga set sebelum mengesahkan kemaraan ke final hasil kemenangan 10-15, 17-16, 15-9.

Pengurus pasukan, Datuk Abu Jimi Samat berkata, mengambil kira persiapan yang dilakukan Indonesia, pihaknya sudah menjangkakan negara jiran itu akan tampil dengan tentangan sengit.

“Mereka ada membawa masuk beberapa pemain muda berbakat dan dalam perbincangan peringkat pasukan pun kita sudah menekankan perlu berhati-hati menentang Indonesia,” katanya yang turut mengesahkan Syahir tidak dapat diturunkan untuk aksi menentang Thailand, malam ini.

Kejayaan ini membuka peluang buat skuad negara menebus duka 2024 yang ketika itu menyaksikan Malaysia sekadar bergelar naib juara regu berpasukan selepas tumpas 1-2 kepada Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN