fbpx
Anwar ketika ditemui semasa mengadakan 'walkabout' di Pasar Tani Taman Melawati, Kuala Lumpur hari ini.

Paling kuat mengeluh orang politik yang ‘tergelincir’ – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri memuji sikap peniaga kecil yang kurang mengeluh berbanding ahli politik yang ‘tergelincir’ daripada perjuangan asal serta banyak berleter dengan keadaan semasa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kagum dengan semangat peniaga kecil yang kental berdepan pelbagai cabaran terutamanya dalam ketidaktentuan ekonomi semasa.

Katanya, ia jauh berbeza dengan segelintir peniaga besar dan ahli politik yang hampir sepanjang masa ‘merengek’ dan berleter.

“Sebenarnya peniaga kalau peringkat rendah ini keluhan dia sangat minimal, yang besar-besar itu yang banyak mengeluh dan yang mengeluh paling kuat orang-orang politik yang sudah tergelincir ini.

“Alhamdulillah tiada (peniaga kecil) hendak berleter dan asyik merengek sepanjang masa. Itu hanya orang politik tertentu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat keluhan peniaga kecil yang didengarnya ketika membuat lawatan ke Pasar Tani Taman Melawati di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, antara keluhan daripada peniaga yang diterima hanyalah berhubung kadar harga barang keperluan yang sedikit tinggi.

Bagaimanapun katanya, dengan adanya bantuan daripada agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), perkara itu dapat dikurangkan dan pembeli juga dapat manfaatnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN