fbpx
KULIT durian digunakan dalam serangan terhadap seorang wanita di Wilayah Chachoengsao. - DailyNews

Wanita berjoging diserang 2 lelaki guna kulit durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK- Seorang wanita menuntut keadilan selepas dua lelaki menyerangnya dengan kulit durian semasa bersenam dalam kejadian di wilayah Chachoengsao, lapor halaman berita Thaiger.

Mangsa dikenali sebagai Noi, 48, menyerahkan salinan laporan polis dan sijil perubatan kepada beberapa media Thailand berikutan insiden itu yang berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan)  Ahad lalu.

Menurut Noi, dia dan suaminya keluar berjoging bersama-sama di luar sebuah dewan orang ramai tetapi kemudian berpisah kerana suaminya berlari lebih laju. 

Dia meneruskan senaman bersendirian berhampiran kawasan letak motosikal.

Noi menyedari seorang lelaki memakai baju-T putih merenungnya semasa dia bersenam tetapi dia tidak berasa terancam sehingga lelaki itu tiba-tiba mendekati dan menarik baju mangsa  ke atas kepalanya.

Suspek menggunakan baju itu untuk menutup muka Noi sebelum berulang kali memukulnya dengan kulit durian. 

Lelaki kedua kemudian menyertai serangan itu, memukulnya sehingga dia jatuh ke tanah. 

Noi mengalami luka dan calar di muka serta akibat serangan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN