fbpx
JASYINDAR memerika lori yang dikesan membawa lebih muatan di Jalan Kuari Labu-Nilai. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP / KOSMO!

Tonto dibayar upah lumayan, gagalkan operasi JPJ ‘matikan’ lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Kegiatan tonto di sekitar daerah ini masih aktif apabila mereka dikesan dibayar kadar upah lumayan oleh syarikat pengangkutan untuk memberikan maklumat atau menggagalkan tugas penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sihdu berkata, dalam operasi lori membawa lebih muatan, anggota penguat kuasa JPJ telah diekori oleh tonto berkenaan, malah ada satu kes anggota JPJ hampir kemalangan pada tahun lalu dan kes masih dibicara di mahkamah.

“Biasanya syarikat pengangkutan terutama lori akan membayar tonto ini untuk melihat gerak geri JPJ kemudian memaklumkan kepada operator syarikat untuk mematikan peranti Sistem Penentu Kedudukan (GPS).

“Bayaran diberikan cukup tinggi dan lumayan, tonto ini dari sindiket yang sama terdiri daripada tiga individu dalam sebuah kereta pacuan empat roda biasanya jenis Toyota Hilux,” katanya pada sidang akhbar di Jalan Kuari Labu-Nilai di sini hari ini.

Jelas Jasyindar, kesalahan tonto yang melengah atau menghalang tugas JPJ serta mematikan GPS boleh dikenakan tindakan di bawah Sesyen 234(b) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

“Selain tonto, pemandu lori juga dikesan enggan bekerjasama dengan pihak JPJ apabila diminta memberikan kad pengenalan selain membisu apabila disoal. Apabila syarikat mematikan GPS, lori ini tidak boleh bergerak apabila diminta ke stesen timbang dan tindakan lebih berat boleh dikenakan dengan menggantung permit syarikat,” katanya.

Menurut beliau, dua lokasi hotspot lori membawa lebih muatan dikesan di Nilai termasuk di Jalan Kuari Labu – Nilai dengan kebanyakan lori membawa muatan batu-bata dan pasir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN