fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Ezatulroslan memaparkan beberapa skru yang dijumpai ketika sedang beriadah

Sambil riadah cari pahala kutip skru atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan murni sepasang suami isteri dipuji apabila mengutip longgokan skru berkarat di atas jalan raya selepas selesai melakukan aktiviti riadah.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Ezatulroslan, dia memaparkan gambar suaminya mengumpul beberapa skru dan serpihan besi tajam di tapak tangannya.

“Sambil-sambil duduk lepas ‘running’ kat Elmina ini, nampak suami tengah kutip sesuatu.

“Tekalah apa…punya lah banyak skru atas jalan ini,” katanya.

Skru-skru tersebut dikutip bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini kepada orang lain seperti kebocoran tayar atau kemalangan jalan raya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menzahirkan ucapan terima kasih dan menyifatkan tindakan tersebut telah menyelamatkan ramai pengguna jalan raya lain daripada menjadi mangsa tayar bocor atau kemalangan.

“Terima kasih tolong kutip atas jalan, dapat kurangkan tayar bocor. Jasa kamu dikenang sampai langit ketujuh,” puji It_qib.

“Masha-Allah terima kasih orang baik. Kena buat laporan ini, hari itu baru nampak kemalangan motosikal selepas bulatan Temu, kasihan juga kalau benda ini asbab (punca) jadinya,” ujar Juwinaumira. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN