fbpx
JANJI temu kini lebih mudah, menjimatkan masa dan selamat. – GAMBAR HIASAN

Janji temu, cari pasangan serasi kini guna AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ERA aplikasi janji temu kini memasuki fasa baharu apabila kecerdasan buatan (AI) semakin memainkan peranan penting dalam membantu pengguna mencari pasangan yang lebih serasi.

Menurut pengasas aplikasi janji temu Bumble iaitu Whitney Wolfe Herd, teknologi tersebut bukan sekadar memberi jaminan keselamatan kepada pengguna tetapi menjimatkan masa untuk menemui profil yang sepadan.

Katanya, sistem AI akan membantu melakukan padanan automatik bagi mencari pasangan bersesuaian berbanding menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk meneliti profil.

“Aplikasi janji temu kini memasuki fasa baharu apabila AI semakin memainkan peranan penting yang bukan sahaja memastikan keselamatan tetapi membuatkan proses pencarian pasangan lebih mudah.

“Tidak perlu lagi meleret profil kerana semua itu boleh dibuat dengan pantas apabila AI akan mengenal pasti minat, personaliti dan keserasian emosi,” katanya di TechCrunch.

Masih dalam fasa ujian, syarikat berasal dari Amerika Syarikat itu membayangkan masa depan aplikasi janji temu tanpa fungsi meleret (swipe) yang sebelum ini menjadi identiti platform itu sejak sekian lama.

Sebaliknya, Bumble sedang menguji konsep pembantu maya AI dikenali sebagai Bee yang berupaya membantu pengguna mencari pasangan lebih sesuai.

Melalui pendekatan itu, AI bukan sekadar mencadangkan profil rawak tetapi bertindak seperti ‘dating concierge’ atau pembantu peribadi digital yang melakukan proses saringan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan dua individu.

SISTEM AI akan membantu melakukan padanan automatik bagi mencari pasangan bersesuaian berbanding menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk meneliti profil.

Berdasarkan teknologi itu, setiap pengguna akan memiliki pembantu maya AI untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi menilai tahap keserasian sebelum komunikasi antara manusia berlaku.

Difahamkan langkah strategik itu dibuat bagi menarik minat pengguna khususnya generasi baharu (Gen Z) yang mahukan hubungan lebih tulen dan kurang berasaskan rupa semata-mata.

“AI akan menganalisis terlebih dahulu data yang ada untuk memastikan sama ada profil individu itu sepadan atau tidak.

“Pendekatan ini mampu mengurangkan pengalaman negatif seperti perbualan hambar, ghosting (menghilang) dan temu janji tidak menjadi.

“Generasi muda masa kini semakin penat dengan budaya meleret tanpa henti yang lebih menumpukan kuantiti berbanding kualiti hubungan.

“Matlamatnya adalah membantu pengguna membina hubungan lebih bermakna dan mengurangkan tekanan dalam dunia janji temu digital,” katanya.

Antara perubahan baharu yang ditampilkan adalah tiada lagi paksaan buat golongan wanita membuat langkah pertama dan memulakan perbualan.

Sebaliknya, digantikan dengan sistem baharu iaitu wanita boleh menetapkan satu soalan sebagai pembuka bicara automatik pada profil dan mana-mana lelaki boleh menjawab soalan untuk memulakan perbualan.

Bagi menjadikan proses berkenalan lebih menarik, rupa paras profil ditukar kepada format penceritaan atau babak menarik seperti segmen pendek tentang fasa kehidupan, pengalaman unik atau nilai peribadi berbanding hanya meletakkan umur, pekerjaan dan gambar hobi biasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN