fbpx
Antara PATI yang diselamatkan selepas bot dinaiki karam di kedudukan kira-kira 2.1 batu nautika barat daya Sungai Apong, Sabak Bernam.

Bot pom-pom bawa 19 PATI karam, tiga masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sebuah bot pom-pom membawa 19 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) karam selepas selepas mengalami kebocoran di kedudukan kira-kira 2.1 batu nautika barat daya Sungai Apong, Sabak Bernam, kelmarin.

Kejadian diketahui pukul 4.45 pagi selepas Pusat Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menerima panggilan kecemasan daripada kru bot terbabit.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, susulan laporan diterima, Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk dan Bot Penggalang 41 segera diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat).

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati bot pom-pom tersebut telah karam sepenuhnya sekitar pukul 9 pagi.

“Seramai 16 PATI berjaya diselamatkan terdiri 10 lelaki lelaki merangkumi lapan warga Indonesia dan dua Bangladesh.

“Selain itu, turut diselamatkan adalah enam wanita warga Indonesia yang kesemuanya berusia antara 24 hingga 50 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, kesemua mangsa dipercayai diselamatkan lebih awal oleh bot nelayan tempatan sebelum ketibaan aset Maritim Malaysia di lokasi kejadian.

Tambahnya, tiga lagi PATI masih hilang dan usaha pencarian sedang giat dijalankan dengan radius seluas 236 batu nautika persegi.

“Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah dibuka di Jeti Kelong Paradise sebagai pusat koordinasi operasi melibatkan pelbagai agensi.

“Operasi Carilamat memasuki hari ketiga
bermula seawal pukul 7 pagi melibatkan aset termasuk daripada Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN