fbpx
Pihak polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas kereta berkenaan di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas malam ini.

[VIDEO] Lagi kes tikam dalam kereta, wanita parah di leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Seorang wanita cedera parah di leher dipercayai akibat ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, mangsa berusia 35 tahun dan merupakan penjawat awam dikatakan ditikam di dalam sebuah kereta di kawasan letak kereta di situ.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan setakat ini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Mangsa dan suspek dipercayai saling mengenali antara satu sama lain.

Kejadian berlaku ketika orang ramai sedang menjamu selera di restoran tersebut dan kini polis sedang giat mengesan suspek yang bertindak melarikan diri selepas kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN