fbpx
ANWAR beramah mesra bersama masyarakat Cina Tambun di Restoran KAB, Chemor di sini hari ini.

Anwar minum petang bersama masyarakat Cina Tambun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa kira-kira 45 minit menikmati minum petang bersama masyarakat Cina Tambun di Restoran KAB, Chemor, dekat sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 4 petang itu turut diiringi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan timbalannya, Wong Kah Woh.

Kehadiran Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu disambut mesra oleh kira-kira 300 orang terdiri daripada wakil masyarakat, pemimpin setempat, pihak sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam suasana santai itu, Anwar turut menikmati pelbagai hidangan ringan seperti teh tarik, cekodok pisang, pisang goreng, air soya dan roti bakar.

Sepanjang sesi tersebut, Anwar turut meluangkan masa bertanya khabar dan berinteraksi bersama orang ramai yang mengutarakan pelbagai isu semasa.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk kuota 200 liter RON95 di bawah Program Budi Madani 95 (BUDI95) dan impak krisis yang berlaku susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menasihatkan para pemimpin masyarakat yang hadir agar terus bekerjasama dalam memastikan keharmonian dan perpaduan di kawasan tersebut terus terpelihara.

Beliau turut menekankan kepentingan menjaga pembangunan dan kebajikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang. – KOSMO!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN