fbpx
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa selepas kereta dipandunya terbalik ke dalam longkang di Taman Ayer Keroh Heights, Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Tersalah tekan pedal minyak, kereta terjunam dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang lelaki warga emas cedera di kepala selepas kereta dipandunya terjunam dan terbalik ke dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter di kawasan parkir Taman Ayer Keroh Heights di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd. Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.25 pagi ketika mangsa berusia 66 tahun dipercayai tertekan pedal minyak ketika mahu memarkir kenderaan jenis Volkswagen Polo dipandunya sebelum terbabas lalu merempuh tembok parkir.

Menurutnya, akibat rempuhan itu, tembok berkenaan pecah sebelum kereta dipandu mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira lima hingga enam meter dari kawasan parkir sebelum terbalik ke dalam longkang.

“Bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 pada pukul 9.25 pagi dan
seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen Polo yang terjatuh dan terbalik ke dalam longkang akibat tertekan pedal minyak semasa parkir kenderaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, terdapat seorang mangsa lelaki berusia 66 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Melaka menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut.

“Operasi berjaya dikawal pada pukul 9.40 pagi sebelum tamat sepenuhnya kira-kira 13 minit kemudian,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN