fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat dijangka landa Perak, Johor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sabah serta Labuan sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan terjejas di Perak ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Di Pahang, kawasan terlibat adalah Rompin manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Bagi Sabah pula, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Pedalaman melibatkan Tambunan selain Pantai Barat dan Tawau termasuk Labuan,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN