fbpx
Kon Yeow pada persidangan DUN di George Town, hari ini.

P. Pinang fokus pelaburan berkualiti tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pulau Pinang terus menarik pelaburan berkualiti tinggi khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi setelah mencatatkan prestasi pencapaian yang memberangsangkan bagi tahun tahun 2025.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, berdasarkan data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan keseluruhan yang diluluskan di Pulau Pinang adalah sebanyak RM32.9 bilion.

Menurutnya, ini menunjukkan Pulau Pinang kekal sebagai antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

“Ini khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi seperti elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta peranti perubatan.

“Aliran masuk pelaburan ini didorong oleh kekuatan ekosistem, industri sedia ada, ketersediaan tenaga kerja mahir, kemudahan infrastruktur serta kedudukan strategik Pulau Pinang dalam rantaian bekalan global,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ni.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong berhubung prestasi pelaburan secara keseluruhan di Pulau Pinang bagi tahun 2025.

Dalam pada itu, Kon Yeow memberitahu, kestabilan dasar serta sokongan berterusan kerajaan negeri turut meningkatkan keyakinan pelabur asing dan domestik di negeri ini.

“Bagi tahun 2025, nilai eksport sebanyak RM573 bilion manakala nilai import berjumlah RM382 bilion melalui Pelabuhan Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Secara keseluruhannya, prestasi eksport dan import melalui kedua-dua pintu masuk ini mencerminkan tahap aktiviti perdagangan yang aktif serta peranan Pulau Pinang sebagai nod penting dalam rantaian bekalan serantau dan global,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN