JAKARTA – Beberapa jemaah haji dari Indonesia dikesan membawa tempe goreng seberat lima kilogram dan minyak zaitun selepas tiba di Mekah, lapor portal berita Lambe Turah.
Tempe dan minyak zaitun itu ditemukan ketika pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, Arab Saudi kelmarin.
Jurucakap Pasukan Bagasi Lapangan Terbang PPIH Arab Saudi, Muhammad Riza Fahlevi berkata, pegawai kastam keliru apabila melihat makanan khas Indonesia itu.
“Selepas membuka bagasi jemaah, ia berisi sejumlah tempe goreng. Kami menjelaskan kepada mereka bahawa ia adalah makanan,” kata Muhammad.
Selain tempe goreng, pegawai kastam turut menemui minyak zaitun yang dibalut dengan beberapa lapisan pita pelekat, sekali gus menimbulkan syak wasangka disebabkan pembungkusannya. – AGENSI














