fbpx
Tertuduh (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Lelaki Rohingya mengaku cederakan rakan guna kayu hingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap rakan senegaranya, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd Rofik Syukur Mohd, 39, bagaimanapun mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap lelaki berusia 42 tahun dengan menggunakan sebatang kayu penggali tanah yang merupakan senjata yang boleh menyebabkan kematian jika digunakan dalam serangan di tepi Jalan Permatang Tinggi, kira-kira pukul 8.55 pagi, 4 Mei lalu.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, selain denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap dan menetapkan esok (14 Mei) untuk kes jatuh hukum. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN