fbpx
Keadaan mangsa di dalam longkang itu di Jalan Kapar Batu 5, Klang.

Dirempuh hingga maut, pinggang terburai dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila bahagian belakang pinggangnya terburai selepas dirempuh sebuah kenderaan sehingga tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter di Jalan Kapar Batu 5 di sini, awal pagi tadi.

Kejadian dimaklumkan pada pukul 3.23 pagi selepas pihak bomba menerima panggilan berhubung penemuan mangsa berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai tujuh anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an berada dalam longkang selepas dirempuh sebuah kenderaan.

“Mangsa yang tercampak kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya pagi ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, mayat lelaki itu dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN