ALOR SETAR – Deretan puluhan gerai perniagaan yang dipenuhi pengunjung setiap malam dijadikan pengemis warga asing sebagai peluang paling mudah untuk mengaut keuntungan lumayan yang dipercayai mencecah sehingga ratusan ringgit sehari. Dengan hanya berbekalkan tongkat, wajah penuh simpati dan bekas plastik untuk menggoncang duit, pengemis ini yang dipercayai kebanyakannya dari etnik Rohingya turut menjadikan pasar pagi sebagai lokasi tetap mencari sumber pendapatan. Lebih membimbangkan, kegiatan tersebut dikatakan semakin terancang apabila terdapat individu tertentu dipercayai bertindak menghantar dan mengambil mereka menggunakan…














