SEBERANG PERAI – Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan apabila ketumbuhan pada tulang rahangnya semakin membesar sehingga mulutnya tidak boleh ditutup rapat. Lebih memilukan, Mohamad Khamarul Johariusin, 26, kini hanya mengharapkan ihsan orang ramai bagi mengumpul dana sebanyak RM80,000 untuk menjalani pembedahan membuang tumor ameloblastoma pada bawah rahang. Penyelia bahagian pengeluaran kilang itu berkata, keadaan semakin serius sejak beberapa bulan lalu apabila ketumbuhan tersebut menyebabkan air liur, darah dan cecair keluar tanpa henti selain menekan saraf di bahagian kepala. “Air liur,……














