fbpx
Anggota penguat kuasa MDGM menangkap lembu yang berkeliaran di Sungai Asap, Gua Musang. Foto MDGM

Empat ekor lembu ditangkap berkeliaran atas jalan di Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Sebanyak empat ekor lembu ditangkap dalam satu operasi bersepadu selama lapan jam yang dijalankan di beberapa laluan utama sekitar daerah ini bermula petang semalam hingga awal pagi tadi.

Operasi bermula kira-kira pukul 6 petang hingga 2 pagi itu melibatkan seramai 18 anggota termasuk pasukan penguat kuasa Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan wakil syarikat berkaitan.

Yang Dipertua MDGM, Mohd. Roshdi Ismail berkata, kawasan operasi antaranya laluan Gua Musang-Kuala Krai, Paloh-Chalil dan Sungai Asap yang sering menjadi lokasi haiwan ternakan berkeliaran dan mengundang risiko kepada pengguna jalan raya.

Katanya, hasil operasi sebanyak dua ekor lembu jantan ditangkap di Kampung Chalil, manakala dua ekor lembu betina lagi ditangkap di kawasan Sungai Asap.

“Di Kampung Chalil berlaku sedikit pertengkaran antara anggota operasi dan pemilik haiwan terbabit berhubung tindakan tangkapan yang dijalankan.

“Situasi itu berjaya dikawal apabila anggota bertugas mengambil pendekatan profesional dengan tidak melayan provokasi sebelum beredar dari lokasi dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Roshdi berkata, operasi tersebut dijalankan sebagai langkah berterusan bagi menangani isu haiwan ternakan berkeliaran yang bukan sahaja menimbulkan gangguan, tetapi boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya di kawasan terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN