fbpx
Salah seorang suspek remaja yang berusia 19 tahun dijangka akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh esok.

Remaja suspek kes tikam gadis 61 kali dituduh membunuh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Salah seorang remaja berusia 19 tahun yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan seorang gadis maut dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan di Kampung Simah, Ketereh di sini pada 1 Mei lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, lelaki itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Ya, suspek akan didakwa di mahkamah esok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang gadis, Nurfisya Zulkifly, 19, dibunuh dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh di sini pada Jumaat lalu.

Mohd. Yusoff berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati, ada sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN