fbpx
Artis kepada A. Aida, Azeva (kiri) melonjak ke tangga pertama sekali gus menyaksikan Fariedz Fazley dan pengurusnya, Datuk Fazley Yaakob tersingkir di minggu keempat.

Azeva rampas No.1, Fariedz, Fazley tinggalkan pentas TTMM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pentas Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) menyaksikan Fariedz Fazley dan pengurusnya, Datuk Fazley Yaakob tersingkir di minggu keempat.

Dua lagi peserta yang berada di kedudukan terendah minggu ketiga TTMM2 ialah Viviana (Ani Mayuni) dan Kim Khairii (Safura).

Minggu ini, barisan peserta mendendangkan lagu bertemakan Dan Lagu-Lagu Di Radio dan antara yang meraih pujian ialah Azeva dan Amarra.

Azeva (Datuk A.Aida) berjaya meraih markah tertinggi iaitu 85.67 peratus sementara Amarra (Pak Azad) pula 79.99 peratus.

Viviana dan pengurusnya, Ani Mayuni menerima Anugerah Inspirasi Kasih Eskayvie minggu keempat sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 bersama hamper.

Anugerah Manager Paling Perform minggu keempat pula menjadi milik Datuk A. Aida buat kali ketiga hasil undian orang ramai menerusi laman web rasmi.

Minggu hadapan, kesemua peserta bakal mendendangkan lagu bertemakan Menjaga Jodoh Orang Lain (Busy Body).

TTMM2 disertai Adira bersama anak perempuannya Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Datuk A. Aida & Azeva, Fazley & Fariedz Fazley, Datuk Seri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Pak Azad & Amarra serta Safura & Kim.

TTMM2 dihoskan Datuk Aznil Nawawi sementara barisan juri pula terdiri daripada Che Puan Sarimah dan Datuk AC Mizal.

Kerusi juri jemputan minggu keempat TTMM2 pula diisi penyanyi Jaclyn Victor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN