fbpx
GAMBAR dari udara menunjukkan deretan bot nelayan berlabuh di sebuah pelabuhan di Juwana, Jawa Tengah pada 6 Mei lalu. – AFP

Ratusan nelayan Pati ‘menganggur’ di rumah, harga diesel terlalu mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beratus-ratus nelayan di sebuah bandar pesisir di Pulau Jawa terpaksa berhenti turun ke laut dan memberitahu AFP bahawa mata pencarian mereka dalam bahaya akibat kenaikan mendadak harga diesel.

Harga bahan api bersubsidi kekal tidak berubah tetapi kos bahan api tidak bersubsidi termasuk diesel industri melonjak kepada 30,000 rupiah(RM6.78) seliter sejak bulan lalu, meningkat mendadak berbanding 14,000 rupiah(RM3.16) sebelum ini.

Beratus-ratus nelayan mengadakan protes di Pati iaitu bandar pesisir pantai di Jawa Tengah pada Isnin lalu kerana mendesak harga diesel tidak bersubsidi diturunkan.

Nelayan Pati, Zen Zen Al Wijaini berkata, dia tidak dapat bekerja kerana majikannya yang merupakan pemilik bot, tidak mampu membayar kos diesel merangkumi 70 peratus kos operasi.

“Jadi, kami tidak dapat mencari rezeki untuk keluarga, kerana kos operasi sangat tinggi. Kami akhirnya hanya menganggur di rumah,” kata lelaki berusia 40 tahun itu kepada AFP semalam.

Syarikat minyak dan gas milik kerajaan, Pertamina berkata bulan lalu bahawa kenaikan harga itu perlu disebabkan keadaan geopolitik, merujuk kepada perang Asia Barat yang memacu kenaikan harga minyak dunia.

Gabenor Jawa Tengah, Ahmad Luthfi berkata, beliau akan merayu kepada Jakarta untuk melonggarkan harga bahan api tidak bersubsidi.

“Jika nelayan tidak dapat turun ke laut, implikasinya adalah meluas.Pengeluaran ikan akan terganggu, harga ikan meningkat, inflasi berlaku dan ekosistem ekonomi di kawasan pelabuhan juga akan terganggu,” katanya.

Persatuan Nelayan Indonesia di Jawa Tengah pula berkata, sebahagian besar daripada 1,600 kapal nelayan yang berlabuh di sepanjang Sungai Juwana di Pati telah berhenti beroperasi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN