fbpx
ANGGOTA bomba menyelamatkan wanita warga emas yang terperangkap dalam banjir diKampung Lasah, Sungai Siput pagi tadi. - FOTO IHSAN JBPM PERAK

Warga emas, OKU terperangkap rumah ditenggelami banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI SIPUT – Hujan lebat berterusan pada pukul 4.13 pagi tadi di Kampung Lasah di sini menyebabkan sebuah kediaman yang dihuni tiga individu membabitkan seorang wanita warga emas, wanita OKU dan lelaki ditenggelami air sehingga satu meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bencana itu berlaku kerana limpahan Sungai Pelus menyebabkan kawasan perkampungan itu dinaiki air.

“Setibanya jentera bomba di kejadian, didapati terdapat tiga orang mangsa iaitu seorang wanita warga emas berumur 80 tahun, seorang wanita dewasa orang kurang upaya (OKU), 55, dan seorang berumur sekitar 40-an lelaki telah terperangkap di dalam rumah.

“Bomba melakukan operasi penyelamatan menggunakan bot penyelamat dan bot orang kampung yang telah berada di lokasi bagi mengeluarkan mangsa dari rumah seterusnya memindahkan mangsa ke Dewan Orang Ramai Kampung Lasah sementara waktu sehingga kembali stabil,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN