fbpx
Zaid (tengah) bersama Lira bergambar bersama beberapa penaja pada majlis perasmian KLIBW “The Beauty & Fragrance House 2026 bertempat di Putrajaya semalam.

KLIBW platform usahawan pamer, promosi produk kecantikan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – KL International Beauty Week (KLIBW) kembali dengan penganjuran “The Beauty & Fragrance House 2026 bertempat di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya.

Festival kecantikan dan kesihatan yang memasuki edisi kelima itu berlangsung selama tiga hari bermula semalam sehingga esok menampilkan hampir 50 usahawan tempatan dan antarabangsa.

Lebih menarik, pelbagai jenama wangian, alat solek, penjagaan kulit, rambut dan kesihatan ditampilkan pada festival berkenaan yang dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif KLIBW, Zaid Zahari berkata, acara itu bukan sekadar pameran, tetapi ia sebagai plaftorm terutamanya kepada usahawan tempatan untuk mempromosikan produk mereka.

Menariknya kata beliau, pihak pemganjur juga telah berkolaborasi dengan pelbagai agensi kerajaan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kita yakin pengunjung bukan sahaja terdiri daripada rakyat tempatan, tetapi juga pelancong dari luar negara. Jadi, festival ini merupakan salah satu platform terbaik untuk usahawan kita (tempatan) memperkenalkan serta mempromosikan produk mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Tambahan pula sejak beberapa edisi lepas, penganjuran festival ini sambutan kepada jenama tempatan amat menggalakkan. Malah ada jenama tempatan sudah memasuki pusat beli-belah dan farmasi terkenal,”katanya ketika ditemui pada festival berkenaan.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, selain usahawan tempatan, turut serta pada festival tersebut termasuklah usahawan dari Indonesia, Brunei dan Korea Selatan yang membawa pelbagai jenama produk dari negara masing-masing.

Jelas beliau, sepanjang tiga hari festival itu berlangsung, pihaknya menyasarkan kira-kira 20,000 pengunjung untuk edisi kelima itu.

Sementara itu, Pengarah Kreatif KLIBW, Lira Jamaluddin berkata, selain jualan produk kecantikan, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ‘Fragrance Journal’ iaitu kumpul cop daripada 6 reruai wangian untuk peluang menang hadiah.

Turut diadakan ‘flash deal hour’ iaitu promosi khas setiap jam daripada vendor terpilih, pelancaran produk serta sesi soal jawab berkaitan kecantikan dan ‘beauty games’ iaitu ‘claw machine & gashapon’ (dengan pembelian minimum RM200).

“Antara tarikan utama festival ini adalah The Highlighter Café yang berkolaborasi bersama HWC Coffee yang mana pengunjung boleh berehat sambil menikmati kopi segar yang disediakan sepanjang acara.

“Antara jenama yang memeriahkan acara termasuk CYOUNG, Simply Famous Perfume, Scentphoria, House of Amar, Malaya Perfumery dan banyak lagi,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN