fbpx
Peniaga Telok Gong memegang kain rentang menuntut siasatan terperinci di hadapan Pejabat SPRM Selangor. Foto oleh AFIQ RAZALI

21 pengusaha Telok Gong tuntut siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seramai 21 pengusaha perniagaan di Telok Gong, Pelabuhan Klang memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pengurusan tanah kawasan itu selepas mereka menerima notis amaran pendudukan tidak sah daripada Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang bulan lalu.

Wakil pengusaha itu, Ong Chin Heng, 49, berkata, kebanyakan mereka beroperasi lebih 20 tahun di tanah seluas 9.7 hektar berkenaan mengikut Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Katanya, pengusaha mengeluarkan pelaburan besar meliputi pembinaan kilang, infrastruktur, utiliti, mesin, operasi perniagaan dan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan.

“Walaupun kami sentiasa mengemukakan pelbagai permohonan dan rayuan bagi pembelian tanah secara sah, ia kerap ditolak tanpa penjelasan munasabah. Kami juga menerima maklumat dan surat tidak rasmi yang menimbulkan kebimbangan serius terhadap ketelusan proses pengurusan tanah itu,”

“Antara maklumat diterima adalah dakwaan bahawa terdapat pihak tertentu membuat tawaran bagi tanah itu dengan anggaran nilai antara RM3 juta hingga RM5 juta seekar (0.4 hektar). Kami juga dimaklumkan secara lisan bahawa ada pihak telah menunjukkan minat atau membuat tawaran terhadap tanah itu,” dakwanya pada sidang akhbar di luar pekarangan pejabat SPRM Selangor di sini, petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN