fbpx
SUMALI

Malaysia waspada senjata baharu Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD sepak takraw negara diingatkan supaya tidak terlalu selesa meskipun bakal beraksi di laman sendiri pada Piala Dunia ISTAF 2026 apabila Thailand dijangka tampil dengan wajah baharu termasuk kehadiran tekong dan killer baharu.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata Thailand pasti mahu bangkit selepas kekalahan mereka di gelanggang sendiri sebelum ini, sekali gus menjadikan cabaran kali ini jauh lebih sengit buat skuad negara.

“Kita memang sudah menjangka kebangkitan Thailand kerana mereka melakukan persiapan rapi termasuk beberapa rombakan tertentu. Saya rasa perubahan itu akan menjadikan pasukan mereka lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, barisan kejurulatihan negara sentiasa memantau perkembangan semasa skuad Thailand bagi memastikan pemain negara tidak terkejut dengan corak permainan baharu lawan mereka itu.

“Kita mengikuti perkembangan mereka secara dekat kerana mungkin ada beberapa pemain baharu diserap ke dalam skuad kebangsaan Thailand. Selepas tewas di laman sendiri, saya yakin mereka tidak akan berdiam diri dan pasti mahu bangkit semula,” jelasnya.

Dalam masa sama, Sumali turut mengingatkan bahawa ancaman bukan hanya datang daripada Thailand, sebaliknya beberapa negara lain seperti India, Korea Selatan dan Jepun juga mampu mencipta kejutan pada kejohanan kali ini.

Mengulas lanjut, Sumali mendedahkan Thailand turut melakukan rombakan besar-besaran termasuk melibatkan pemain senior, kejurulatihan dan pengurusan pasukan dalam usaha mengembalikan dominasi mereka.

“Ada beberapa tekong baharu dan mungkin juga killer baharu dalam pasukan Thailand. Pada masa sama, beberapa pemain lama mereka juga digugurkan. Mereka bukan saja buat rombakan pemain, tetapi turut melibatkan barisan jurulatih dan pengurusan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN