fbpx
TAHUN ini, penyanyi Tomok dan isteri turut dijemput menjadi tetamu Allah mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Tomok, isteri berangkat tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dijemput menjadi tetamu Allah, penyanyi Tomok bakal berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima pada musim haji tahun ini.

Tidak berseorangan, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 41, sebaliknya ditemani isteri tercintanya, Rahayu Abas.

Menerusi hantaran video Instagram, pelantun lagu Memori Mungkin Berulang itu berkongsi momen mereka berdua ketika mengikuti kursus haji sebagai persediaan sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Sementara itu, isterinya turut memaklumkan khabar gembira tersebut selain mengharapkan doa orang ramai agar urusannya bersama suami dipermudahkan.

“Alhamdulillah, dijemput menjadi tetamu Allah bersama suami.

“Tiada yang lebih kami harapkan selain doa agar perjalanan ini dipenuhi keberkatan dan rahmat-Nya. Insya-Allah,” katanya dalam Threads.

Rata-rata tumpang gembira dengan khabar tersebut serta menitipkan doa agar pasangan itu memperoleh haji yang mabrur.

“Semoga memperoleh haji yang mabrur, insya-Allah. Doakan kami dijemput menjadi duyufurrahman untuk tahun-tahun mendatang,” kata peminat.

“Masya-Allah, seronoknya muda dah pergi haji. Semoga haji mabrur dan dipermudahkan urusan sepanjang di sana,” luah netizen.

Ya Allah, peliharalah mereka dari pergi sehingga kembali. Berikan kesihatan yang baik dan permudahkan segala urusan ibadah mereka di Tanah Suci,” doa pengikut.

Selain Tomok, antara selebriti lain yang dilaporkan berangkat menunaikan ibadah haji pada musim ini termasuklah pelakon Datin Lisa Surihani bersama suami, Datuk Yusry KRU.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN