fbpx
GAMBAR HIASAN

Simpanan hampir RM900,000 lesap diperdaya ‘scammer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut digertak kononnya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang peniaga kerugian RM882,920 akibat diperdaya sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Lelaki berusia awal 50-an tersebut yang menyedari tertipu tersebut telah membuat laporan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 12.36 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, peniaga tersebut telah dihubungi individu tidak dikenali sewaktu berada di rumahnya di bandar raya ini pada 23 Mac lalu.

“Mangsa terkejut apabila dimaklum suspek yang mendakwa kononnya wakil syarikat takaful kononnya dia telah membuat tiga tuntutan perubatan palsu oleh

“Dia menafikan dakwaan itu sebelum diarahkan membuat laporan penafian secara dalam talian. Panggilannya seterusnya disambungkan pula dengan individu lain kononnya pegawai polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, lelaki bersebut kemudiannya diarahkan membuka dua akaun bank baharu sebelum di minta mendedahkan butiran perbankan tersebut.

Beliau berkata, suspek seterusnya mengarahkan peniaga terbabit memindahkan kesemua simpananannya termasuk di dalam Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Malaysia – Wawasan (ASW) ke dalam dua akaun bank berkenaan kononnya bagi tujuan penyiasatan.

“Semakan kemudiannya mendapati simpanan di kedua-dua akaun bank itu telah berkurangan secara drastik menerusi transaksi yang dilakukan tanpa pengetahuannya antara dari 29 Mac sehingga Isnin lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN