PETALING JAYA – Sans Wellness telah diiktiraf oleh The Asia Records sebagai Pusat Kesejahteraan Terapi Semulajadi Terbesar di Asia bagi tahun 2025 menerusi inovasi terapi Genkilogy yang telah dipatenkan.
Pengiktirafan ini mengukuhkan kepimpinan Sans Wellness dalam bidang terapi semulajadi dan kesejahteraan holistik serta menghargai komitmen jangka panjang jenama tersebut terhadap penyelesaian kesihatan inovatif dan penjagaan berkualiti tinggi.
Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sans Wellness, Dr. Grace Tan San Chin, berkata, sejak penubuhannya pada tahun 2000 sebagai salon kecantikan, syarikat telah berkembang menjadi pusat pengurusan kesejahteraan dan kecantikan komprehensif yang mengintegrasikan terapi semulajadi dengan teknologi moden.
“Sans Wellness sudah berkhidmat kepada lebih 100,000 pelanggan. Selepas 25 tahun pembangunan dan inovasi, kami telah membina empat tonggak utama iaitu sebagai pusat penjagaan profesional, Sans Retreat untuk pemulihan dan bimbingan kesejahteraan peribadi
“Serta kursus pendidikan kesejahteraan sistematik yang menawarkan spektrum penuh pengalaman pengurusan Kesihatan,” jelasnya.
Tambah beliau, pengiktirafan tersebut mengesahkan dedikasi pusat terapi itu selama 25 tahun terhadap inovasi, profesionalisme dan kesihatan pelanggan.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus berinovasi dan memperluas perkhidmatan, menggabungkan penyembuhan semulajadi dengan teknologi moden.
“Kami mahu membawakan kesejahteraan kepada lebih banyak keluarga dan menjadikan gaya hidup sihat mudah dicapai oleh semua orang,” katanya.
Sans Wellness turut disenaraikan dalam Asia Record Book of Achievements 2025/2026 yang boleh didapati di kedai buku utama dan melalui www.theasiarecords.com.
Pencalonan untuk The Asia Records kini secara rasmi dibuka dan untuk maklumat lanjut, layari The Asia Records. -KOSMO! ONLINE














