fbpx
PLATA (No.19) meraikan gol kemenangan yang membawa Ecuador ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026. - AFP

Piala Dunia 2026: Kalahkan Jerman, Ecuador teruskan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Ecuador menempah slot ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Jerman pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium New York awal pagi tadi.

Walaupun menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga, namun pasukan dari Amerika Selatan itu memastikan kemaraan ke pusingan kedua selepas menjadi salah satu daripada lapan pasukan ketiga terbaik.

Pada perlawanan itu, Jerman yang turun sebagai pasukan pilihan terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Leroy Sane seawal minit kedua sebelum kembali disamakan Nilson Angulo tujuh minit kemudian.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan bagi memburu gol kedua, namun kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, aksi semakin rancak apabila Jerman dan Ecuador meningkatkan tempo permainan selain menguji benteng pertahanan masing-masing dalam usaha mereka memburu gol kemenangan.

Ketika perlawanan berbaki 13 minit sahaja lagi, El Tri akhirnya berjaya meledak gol kemenangan menerusi Gonzalo Plata yang menolak masuk bola hasil daripada sepakan penjuru dilakukan.

Justeru, ia merupakan kali kedua Ecuador melayakkan diri ke pusingan kalah mati Piala Dunia selepas kali terakhir mereka melakukannya pada edisi 2006 di Jerman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN