LOKASI perhitungannya adalah di Kampung Sri Ganda, Lahad Datu, Sabah. Trip selama lima hari empat malam bersama-sama tujuh rakannya bertujuan memburu salah satu spesies ikan pemangsa yang menjadi gangster di sana iaitu ikan kanai atau tembaring. Ikan yang turut dinamakan sebagai black bass dalam bahasa Inggeris ini merupakan spesies pemangsa hidup di estuari dan amat tersohor di Papua New Guinea. Di sana, ia menjadi antara gamefish estuari yang paling digemari terutamanya bagi pemancing Australia. Kita sebagai pemancing Malaysia sangat bertuah……














