fbpx
Gambar hiasan.

‘Sepinggan nasi lemak dah terlampau mahal untuk kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejatuhan nilai mata wang rupiah berbanding Ringgit Malaysia (RM) menyebabkan segelintir pelancong dari negara jiran menganggap kos percutian ke Malaysia kini semakin membebankan.

Menerusi satu hantaran di Threads oleh Mrongdedy, dia berkongsi sekeping foto paparan kadar pertukaran mata wang semasa yang menunjukkan RM1 kini mencecah lebih 4,400 rupiah.

“Selamat tinggal Malaysia. Sepinggan nasi lemak dah terlampau mahal bagi orang Indonesia yang nak melancong ke sana. Sila datang ke Indonesia dan belanjakan wang anda yang lebih banyak di sini,” katanya

Rata-rata pengguna dari Indonesia turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menyifatkan harga makanan di Malaysia kini hampir setanding dengan bandar besar lain di Asia.

“Sekali makan sudah mencecah RM15 hingga RM30, bermaksud sudah mencecah 66,000 hingga 132,000 rupiah. Ia sama seperti harga sekali makan di Tokyo atau Taipei,” ujar Farhangalantino.

Selain itu, terdapat juga pengguna yang menyarankan agar rakyat mereka lebih fokus untuk melancong di dalam negara sendiri bagi membantu mengukuhkan ekonomi domestik.

“Menteri kami sarankan melancong dalam negara sahaja. Dah tiba masa rakyat kamu juga melancong dalam negara supaya dapat kuatkan duit dan ekonomi negara dulu,” jelas Soowadaa.

“Kalau tak mahu rasa mahal, kerjalah di sini. Ada sahaja nasi lemak harga RM4, malah yang berharga RM1 pun masih ada,” seloroh Naz_Theril.

Sementara itu, semakan pasaran menunjukkan nilai mata wang rupiah terus menunjukkan penyusutan berbanding Ringgit Malaysia dengan trend penurunan yang berlarutan sejak awal bulan ini.

Berdasarkan kadar semasa pada 5 Mei 2026, sekitar 1 juta rupiah kini bersamaan kira-kira RM227.34 sekali gus mencerminkan kedudukan mata wang itu yang masih lemah berbanding ringgit.

Keadaan tersebut turut menyaksikan penyusutan nilai berbanding awal bulan Mei, di mana 1 juta rupiah sebelum ini berada pada paras sekitar RM229.22 sebelum menurun secara berperingkat ke tahap semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN