fbpx

‘Penat lelah berbaloi’ – Trisha Ooi juara kejohanan tinju antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penat lelah berhasil, pelakon Trisha Ooi membuktikan kehebatan luar biasa apabila berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan tinju antarabangsa, All Star Championship: Dubai Edition, semalam.

Trisha atau nama nama penuhnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 26, meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga dan menyifatkan kemenangan tersebut sebagai hasil pengorbanan besar sepanjang beberapa bulan persediaan.

“Membawa pulang tali pinggang ke tanah air. Alhamdulillah, saya masih cuba untuk menghadam segalanya.

“Ini bukan sekadar satu pertarungan. Ini adalah hasil pengorbanan selama berbulan-bulan, disiplin, titisan air mata dan usaha melangkaui batas kemampuan yang saya sendiri tidak pernah sangka saya miliki.

“Ada ketikanya saya merasa sangat letih, ada saat saya ragu-ragu dan ada waktu saya rasa mahu berhenti tetapi saya tetap teruskan. Malam ini, segala penat lelah itu akhirnya berbaloi,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, pelakon filem Janna Endoro itu mendedikasikan kemenangannya kepada ibu serta seluruh penyokong yang tidak putus-putus memberikan semangat sepanjang menjalani latihan intensif.

“Buat ibu dan semua yang menyokong, mendoakan serta mempercayai saya, terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam.

“Kalian memberi saya kekuatan saat saya sangat memerlukannya dan buat diri sendiri, terima kasih kerana tidak berputus asa,” ujarnya.

Berlangsung di Round 10 Boxing Club, Dubai, Trisha menewaskan wakil Indonesia, Dinda Anwar dalam kategori flyweight sekali gus membawa kemenangan.

All Star Championship: Dubai Edition adalah kejohanan tinju berkonsepkan pempengaruh pertama di dunia yang menghimpunkan 16 peserta dari tujuh negara iaitu Malaysia, Indonesia, Jepun, Vietnam, Singapura, Maghribi dan Rusia dalam satu platform sukan kompetitif unik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN