fbpx
ANA SALWA menunjukkan nota terakhir anaknya yang ditemui pada buku nota ketika ditemui di Hospital Jelebu semalam.

‘Aku sayang semua orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Hati seorang ibu luluh selepas menemui nota luahan perasaan sayang anak bongsunya Ummairah Shahurin, 10, yang meninggal dunia akibat lemas di Taman Eko Rimba Jeram Toi, di sini, dalam sebuah buku nota kelmarin.

Wanita berkenaan, Ana Salwa Rusdi, 54, berkata, nota tulisan tangan anak bongsu dari lima beradik itu ditemuinya di tempat duduk belakang ken­deraan ketika dia dalam perjalanan ke Hospital Jelebu.

“Saya terus istighfar sebaik terbaca nota ‘Aku Sayang Semua Orang’ yang ditulis arwah. Saya katakan ya Allah macam mana aku nak lepaskan dia.

“Namun, saya reda dan buat masa ini tudung terakhir arwah pakai saya takkan basuh untuk lepas rindu pada arwah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Unit Perubatan Forensik Hospital Jelebu, di sini, semalam.

Bercerita mengenai kejadian, Ana Salwa berkata, dia ke Jelebu dari Port Dickson kelmarin bersama tiga anak bagi melihat sendiri lokasi perkhemahan anak lelaki ketiganya yang dijadualkan pada 25 Mei ini kerana itu adalah rutin kebiasaannya.

Menurutnya, mereka kemudian singgah di Jeram Toi untuk berkelah dan mangsa telah menyediakan Cek Mek Molek untuk dimakan.

“Arwah tidak sabar untuk mandi, saya tak pandai be­renang dan arwah berpaut di kaki kanan saya semasa duduk di tepi kolam. Kejadian kami tergelincir pun berlaku sekelip mata dan saya sendiri mencari Ummairah hampir 10 minit,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kes tersebut dari seorang lelaki berusia 38 tahun yang merupakan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kira-kira pukul 5.44 petang.

Katanya, bantuan pengunjung yang berada di tempat kejadian telah menjumpai mangsa di dasar kolam buatan. Mangsa disahkan telah meninggal dunia pada pukul 2.58 petang dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN