fbpx
Jalaluddin berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di WTC Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Kalau nak tebuk atap, 2023 dah buat – Jalaluddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – UMNO Negeri Sembilan menegaskan parti itu tidak pernah berhasrat merampas jawatan Menteri Besar walaupun memiliki kelebihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, parti itu sebenarnya mempunyai ruang untuk berbuat demikian sejurus selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), namun memilih untuk menghormati keputusan membentuk kerajaan bersama.

Menurutnya, UMNO memegang 14 kerusi DUN, melebihi jumlah yang dimiliki setiap parti dalam Pakatan Harapan (PH) termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
“UMNO dikatakan mengkhianati perjanjian kerajaan perpaduan, tapi kalau nak ‘tebuk atap’ 2023 dah buat kerana kita ada kerusi banyak. Ramai orang mesej dan berkata ‘Jalal ini masa kamu’, tetapi saya menghormati keputusan pusat menubuhkan Kerajaan Perpaduan supaya menjaga kesejahteraan, kesinambungan dan meneruskan khidmat.

“Jika UMNO mahu tebuk atap, kita telah lakukan lama dahulu. Rakan-rakan ADUN di Negeri Sembilan boleh sahkan, tidak ada sebarang perbincangan awal untuk perkara itu. Peluang itu sudah terhidang selepas PRN, namun kita memilih untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di sini hari ini.

Jelasnya, keputusan untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan dibuat demi kestabilan politik negeri dan memastikan kesinambungan pentadbiran dapat diteruskan tanpa gangguan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN