fbpx
Amirudin menziarah keluarga mangsa di di Astana Alam, Puncak Alam, Kuala Selangor. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Pasang pagar keselamatan, penutup longkang di lokasi budak 10 tahun jatuh – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Pagar keselamatan dan penutup longkang akan dipasang di lokasi seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa langkah segera perlu dilakukan bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang di kawasan tersebut.

Jelas beliau, faktor keselamatan itu antaranya pemasangan pagar keselamatan dan penghalang atau penutup longkang.

“Kita akan tengok nanti mengenai saiz dan ukuran termasuk kepanjangannya di lokasi kejadian berkenaan.

“Mungkin nanti diuruskan pihak majlis (pihak berkuasa tempatan) atau MBI (Menteri Besar Selangor Pemerbadanan). Saya akan minta buat dalam kadar segera,” katanya ketika ditemui selepas menziarah keluarga mangsa di Astana Alam, Puncak Alam di sini, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN