fbpx
KEADAAN di Balai Undang Luak Sungei Ujong tenang tanpa sebranv oergerakan keluar masuk selepas Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan pengosongan kediaman rasmi itu berkuatkuasa serta-merta. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Undang Luak Sungei Ujong tangguh kosongkan balai, tuntut penjelasan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pihak Balai Undang Luak Sungei Ujong mengambil keputusan untuk tidak mematuhi arahan pengosongan kediaman rasmi dan balai selepas mendakwa arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri adalah tidak jelas.

Perkara itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat rasmi oleh Setiausaha Sulit Undang Luak Sungei Ujong, Ahmad Hanafi Ruzlan yang merujuk kepada dua surat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan bertarikh 27 dan 29 April.

Menurut beliau, keputusan menangguhkan pematuhan arahan dibuat atas beberapa faktor utama, termasuk kekeliruan berhubung asas sebenar arahan tersebut.

Antara isu dibangkitkan adalah pemberitahuan penempatan semula kakitangan balai yang dihantar melalui e-mel pada lewat malam 27 April di luar waktu bekerja dengan arahan melapor diri keesokan pagi. Dalam pertemuan pada 28 April, pihak pengurusan memaklumkan penempatan semula itu berkait dengan pelucutan penyandang Undang Luak Sungei Ujong.

Bagaimanapun, Ahmad Hanafi mempersoalkan sama ada tindakan tersebut berasaskan kenyataan media Menteri Besar bertarikh 20 April atau dokumen rasmi serta minit mesyuarat Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang pada 17 April di Istana Besar Seri Menanti.

Beliau turut mendakwa permohonan untuk mendapatkan dokumen rasmi tersebut tidak dilayan, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan arahan yang dikeluarkan.

“Kami memerlukan kepastian bertulis bahawa arahan ini berasaskan asas yang sahih, bukan sekadar makluman lisan atau kenyataan media yang masih dalam pertikaian,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN