fbpx
KEADAAN di Balai Undang Luak Sungei Ujong tenang tanpa sebranv oergerakan keluar masuk selepas Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan pengosongan kediaman rasmi itu berkuatkuasa serta-merta. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/KOSMO!

Balai Undang Luak Sungei Ujong diarah dikosongkan serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan semakin meruncing apabila Kerajaan Negeri mengarahkan pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuat kuasa serta-merta.

Surat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertarikh 29 April itu mengarahkan pengosongan dilakukan merujuk kepada keputusan Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan bertarikh 17 April lalu.

Ia ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Akmal Farid Rizal Noordin.

“Sehubungan dengan itu, pihak tuan diarahkan untuk melaksanakan pengosongan Bangunan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuat kuasa serta-merta. “Semua aset-aset Kerajaan Negeri yang didaftar di premis Balai Undang Luak Sungei Ujong hendaklah berada dalam keadaan baik bagi tujuan pemeriksaan semula kelak,” kata surat itu.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim ketika dihubungi enggan mengulas dan memberi sebarang pengesahan berhubung perkara berkenaan. “Saya tidak boleh komen apa-apa,” katanya ringkas.

Menurut sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, difahamkan pegawai yang sebelum ini bertugas di balai itu telah diarahkan bertukar penempatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN