fbpx
GANDINGAN Aaron-Kai Wun menyumbang mata pertama negara ketika berdepan Jepun pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala Thomas 2026. - FB BAM

Piala Thomas: Malaysia akur naib juara kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hasrat skuad badminton lelaki negara untuk melangkah ke suku akhir Piala Thomas 2026 di Denmark selaku juara Kumpulan B tidak kesampaian selepas tewas kepada Jepun 2-3 sebentar tadi.

Pada aksi terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung di Forum Horsens, Malaysia turun dengan misi memburu kemenangan ke atas juara edisi 2014 itu bagi memastikan laluan lebih mudah di pusingan kalah mati.

Jepun memastikan mata pertama perlawanan menerusi perseorangan utama, Kodai Naraoka yang tidak berdepan banyak masalah menewaskan Leong Jun Hao dengan keputusan straight-set 21-11, 21-15.

Kemudian, Malaysia menyamakan kedudukan 1-1 selepas beregu pertama, Aaron Chia-Tee Kai Wun dipaksa bekerja keras sebelum membenam cabaran Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi dalam aksi tiga set 16-21, 21-14, 21-19.

Bagaimanapun, percubaan pasukan negara untuk mendahului perlawanan menerusi perseorangan kedua, Justin Hoh tidak dapat dilaksanakan selepas dia tewas 15-21, 12-21 kepada Yushi Tanaka dan meletakkan Jepun di depan 2-1.

Harapan Malaysia untuk kembali menyamakan kedudukan musnah apabila gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Soh Wooi Yik tewas 21-14, 19-21, 19-21 kepada Takumi Nomura-Yuichi Shimogami, sekali gus menghadiahkan mata kemenangan buat Jepun.

Walaupun peluang untuk menjadi juara kumpulan sudah berkubur, namun perseorangan ketiga, Lee Zii Jia tetap mempamerkan aksi cukup baik bagi menghadiahkan mata kedua Malaysia dengan menewaskan Koki Watanabe 21-13, 21-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN