fbpx
Pegawai LUAS sedang mengambil sampel di bahagian takat pelepasan akhir premis tenusu di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Sistem pam gagal, premis tenusu punca pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kegagalan sistem pam di sebuah premis pemprosesan produk tenusu dikenal pasti sebagai punca pencemaran air di kawasan Teluk Panglima Garang, dekat sini semalam.

Perkara itu dikesan menerusi operasi bersepadu bermula kira-kira pukul 10 pagi hingga 4 petang itu susulan aduan awam berhubung pelepasan sisa industri ke anak sungai berhampiran.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, premis itu dipercayai gagal mengendalikan sistem pam dengan baik sehingga menyebabkan kebocoran dan pelepasan bahan pencemar.

“Kegagalan sistem berkenaan menyebabkan ia tidak dapat menjalankan aktiviti pembekalan produk tenusu seperti susu sejat dan susu pekat.

” Pensampelan kualiti air telah diambil oleh LUAS untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bagi tujuan penguatkuasaan,” katanya hari ini.

Justeru katanya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 79, Enakmen LUAS 1999 bagi kesalahan mencemar sumber air.

LUAS memaklumkan operasi itu merupakan sebahagian daripada Operasi Bersepadu Aduan Pencemaran Air dan Pelepasan Sisa Industri ke sungai yang memfokuskan beberapa premis disyaki di kawasan berkenaan.

Operasi ini diketuai oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sepang serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Langat.

“JAS juga telah menjalankan pensampelan dan mengarahkan penutupan sementara premis terlibat.

“Manakala, MPKL juga mengambil tindakan merangkumi pengeluaran Notis Kesalahan dan Arahan Pematuhan Syarat di bawah bidang kuasa yang berkaitan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN