fbpx
Gambar hiasan.

Imran dipenjara setahun kes tipu pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAK BERNAM – Lelaki dikenali ‘Imran’ yang terlibat dalam kes penipuan perkhidmatan pelancongan dipenjara setahun dan satu sebatan oleh mahkamah.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan polis melibatkan penipuan pakej percutian menggunakan nama sebuah syarikat pada 26 Disember tahun lalu.

Jelasnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek berjaya ditahan pada 24 April lalu.

“Suspek yang direman empat hari dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar pagi semalam di bawah seksyen itu.  Individu itu kemudian mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun serta satu sebatan,’ katanya pagi ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan lelaki itu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan perkhidmatan pelancongan yang tular di media sosial termasuk menggunakan identiti isterinya bagi urusan pinjaman bank. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN