fbpx
Gambar memaparkan individu yang didakwa menyalahgunakan butiran peribadi @Hawasadorable.

MyTentera disalah guna, beli barangan ansuran RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penyalahgunaan identiti apabila maklumat peribadinya termasuk kad MyTentera digunakan untuk membuat pembelian barangan secara ansuran tanpa pengetahuan.

Menerusi hantaran di laman Threads oleh @Hawasadorable, dia memaklumkan menyedari perkara itu selepas menyemak laporan CTOS miliknya, baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat satu rekod pembelian bernilai kira-kira RM8,000 yang diluluskan pada 3 Mac lalu melalui sebuah syarikat kredit.

“Pembelian itu saya tidak pernah buat dan hanya tahu selepas semak laporan CTOS. Saya kemudian ke pejabat syarikat kredit untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

Tambahnya, hasil semakan mendapati barangan tersebut dibeli daripada sebuah kedai telefon di Cheras menggunakan maklumatnya.

Dakwanya lagi, individu terbabit dipercayai menggunakan kad MyTentera miliknya yang dilaporkan hilang pada November 2025 bagi tujuan pembelian tersebut.

“Saya juga dimaklumkan terdapat penggunaan slip gaji palsu bagi meluluskan pembelian itu,” ujarnya.

Susulan itu, dia telah membuat laporan polis serta menyerahkan bukti berkaitan termasuk dokumen berkaitan MyTentera bagi tindakan lanjut.

Dalam masa sama, dia turut mempersoalkan tahap pengesahan oleh pihak syarikat yang didakwa tidak melakukan semakan menyeluruh terhadap identiti pembeli.

Dalam hantaran lain, individu berkenaan mendakwa laporan awal sebelum ini tidak diambil tindakan lanjut kerana tiada kerugian kewangan direkodkan ketika itu.

Bagaimanapun, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut susulan penemuan baharu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN