“Bukan satu keputusan yang mudah untuk kami lakukan, tetapi memandangkan ada keperluan untuk menyelamatkan nyawa insan lain, kami reda”. Menelusuri kisah pengorbanan ini membuatkan penulis kagum dengan keluarga penderma organ, Muhammad Syukri Bazli, 31. Persetujuan diberi biarpun hati masih berduka kehilangan insan tersayang. Namun, hajat penderma diutamakan. Kerelaan keluarga penderma bukan sahaja memberi peluang kedua kepada insan yang menderita kesakitan tetapi mencerminkan nilai kemanusiaan, ihsan yang tinggi. Hati Muhammad Syukri dipindahkan kepada seorang kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur manakala buah……














